Tanggal 24 FEBRUARI 2011
Alkisah…. ini merupakan kisah benar yang berlaku sebelum usaha dan berita mengenai isu penjualan Kulim…. amboinya banyak maklumat kita dapat hingga tak keruan jadinya!
JCorp rupanya telah melalui suatu mesyuarat Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh MB Dato Ghani selaku pengerusinya pada tanggal 24 Feb lalu…
Apa yang berlaku sebenarnya, hanya dapat dirungkai jika kita mengetahui apa sebenarnya dibincang di dalam Special Board Meeting yang dihadiri oleh semua Ahli Lembaga Pengarah JCorp KECUALI SEORANG – DATO ISMEE (CEO Tabung Haji). Mesyuarat dipengerusikan Dato Ghani. MB sengaja tidak mahu Dato Ismee masuk Mesyuarat? kerana bimbang Dato Ismee bakal menjadi halangan kepada perancangannya?
Mesyuarat juga mencatatkan sejarah di dalam JCorp yang buat pertama kalinya melantik Penasihat di kalangan bukan Melayu, Chun Hon Cheong, 49 tahun (http://www.tnb.com.my/about-tnb/board-of-directors.html) oleh Ghani sebagai Penasihat beliau di dalam Investment Committee yang baru beralih tangan kepada beliau di dalam mesyuarat tersebut. Tidak pernah berlaku sebelum ini bukan Melayu dilantik di dalam Board JCorp setelah berjaya di dalam bisnes sejauh ini.
Apa selama ini JCorp yang diterajui oleh Melayu tidak cukup bagus? Apa sebenarnya yang berlaku dengan JCorp dan Kulim? Apa yang dibincang di dalam Special Board Meeting 24 Feb 2011?
MB begitu cerdik? Mengapa harga Kulim jatuh setelah menjalani transformasi ? Mana bagusnya Chun yang dilantik ? Siapa Chun sebenarnya? Apa perancangan sebenarnya?
No comments:
Post a Comment