Saturday, 27 August 2011

ANDAI AKU JATUH CINTA......


Bismillahhirrahmanirrahim


YA ALLAH ...............
jika aku jatuh cinta ,cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya hanya pada Mu
,agar bertambah kekuatanku untuk menyintai Mu .

YA MUHAIMIN......
jika aku jatuh hati, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang, yang hatinya tertaut
padaMu.... agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta
nafsu ....

YA RABBANA.......
jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar
tidak berpaling daripada hati Mu

YA RABBUL IZZATI..... 
jika aku rindu ,rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalan Mu ....

YA RAHMAN.........
jika aku menikmati cinta kekasih Mu
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan
indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir mu

YA RAHIM.....
jika aku jatuh hati pada kekasih Mu,jangan
biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan
yang panjang menyeru manusia kepada Mu ....

YA LATTIF.......
jika kau halalkan aku merindui kekasih Mu
jangan biarkan aku melampaui batas sehingga
melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi
hanya kepada Mu ....

YA ILAHI......
jika dia jodohku .....engkau titipkanlah
kasih dan rindu antara kami dan peliharalah kami
dari bisikan iblis laknatullah........
YA RABBUL IZZATI.......
peliharalah hubungan ini ........
berikanlah kebahagiaan antara kami didunia dan
diakhirat...

semoga cintanya pada diri ini ..........
kerana Mu semata..............

Thursday, 4 August 2011

BILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUKNYA!!!!!!!!!!!!!!!


WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI: Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku. Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. 

Kita selalu bertanya dan Quran telahpun menjawabnya…


  • Kita bertanya: 
Kenapa aku sering diuji?
  • Quran menjawab:
Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan sahaja mengatakan,”Kami telah beriman,sedangkan meraka tidak diuji?Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka,maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar dan mengetahui  orang-orang yang berdusta”
Surah al- Ankabut,ayat 2-3.

Sunday, 20 March 2011

Apa Kata Mantan Presiden JCorp


Alkisah… sebelum ini kita tak pernah memetik dari akhbar… namun kita percaya yang ini perlu diperiksa barang benar katanya. Apapun yang bakal kerugian adalah bangsa. Benar, hutang yang ada perlu dibayar, tapi apa kerana hutang perlu dijual semua dan mengapa tidak kepada yang sebangsa.  Nah apa tidak ada jalan lain lagi..


Johor Corp dan hutang-hutangnya

Apa dah jadi… Kalau beberapa lama dahulu kita di kejutkan dengan usaha JCorp untuk menjual KFC kini alkisah terdengar dan ternampak berita diTV3 yang mengatakan bahawa Kulim syarikat induk KFC yang dimiliki oleh JCorp pula yang menjadi sasaran….

SAHAM KULIM

Alkisah….
Kita bukanlah orang yang arif tentang pasaran saham Malaysia ini , terlebih lagi bila pasaran ini dikuasai  oleh para penjarah yang suka berjudi…   Apa yang menghairankan kita apabila saham syarikat yang mempunyai nilai aset sebenar yang tinggi seperti Kulim ni setelah melalui pecah saham ( share split kata orang pandai ) berterusan jatuh!  ikutkan ceritanya…