Alkisah….
Kita bukanlah orang yang arif tentang pasaran saham Malaysia ini , terlebih lagi bila pasaran ini dikuasai oleh para penjarah yang suka berjudi… Apa yang menghairankan kita apabila saham syarikat yang mempunyai nilai aset sebenar yang tinggi seperti Kulim ni setelah melalui pecah saham ( share split kata orang pandai ) berterusan jatuh! ikutkan ceritanya…
Keputusan yang telah dibuat melalui Special Board Meeting 24 Februari 2011, menyaksikan saham kulim yang melalui proses share split/bonus issue dibuka pada harga RM3.97 pada hari Jumaat, 25 Februari 2011. Harga jatuh kepada RM3.63 pada petangnya.
Isnin 28 Feb 2011, harga terus jatuh ke RM3.46. Pelik untuk harga saham perladangan jatuh setelah membuat pengumuman keuntungan tahun 2010 naik sebanyak 166% berbanding di tahun 2009? Pengumuman dibuat pada hari Jumaat 25 Feb 2011. Pelik, harga minyak sawit pula meningkat?
Selasa 1 Mac 2011, harga saham Kulim terus jatuh ke paras RM3.34 sebelum ditutup kepada RM3.35 petangnya. Rabu 2 Mac 2011, harga jatuh ke paras terendah baru RM3.20 sebelum ditutup pada RM3.20.
Jumaat 11 March 2011, harga jatuh ke paras RM3.18. Pasaran menjadi tak menentu disebabkan faktur harga minyak meningkat dan juga apa yang berlaku di Libya. Para broker menjadi kebingungan dengan pergerakan saham Kulim ini yang beberapa minggu sebelumnya mencatatkan pergerakan positif.
JCorp tidak lagi memasukki pasaran membeli saham Kulim seperti lazimnya. Mengapa? Apa yang sebenarnya berlaku? Mana CEO JCorp Kamaruzzaman?
No comments:
Post a Comment