Sunday, 20 March 2011

Johor Corp dan hutang-hutangnya

Apa dah jadi… Kalau beberapa lama dahulu kita di kejutkan dengan usaha JCorp untuk menjual KFC kini alkisah terdengar dan ternampak berita diTV3 yang mengatakan bahawa Kulim syarikat induk KFC yang dimiliki oleh JCorp pula yang menjadi sasaran….


Menurut kisahnya …
Program Majlis Perundingan Melayu (MPM) pada hari Sabtu 12 Mac 2010 di Putrajaya, peserta persidangan dikejutkan dengan berita JCorp akan menjual Kulim yang secara lansung memilikki KFC, QSR, Sindora dan New Britain Palm Oil Berhad. Kulim juga memilikki berpuluh-puluh syarikat lain di bawahnya yang diterajui oleh rata-ratanya eksekutif melayu yang dibentuk oleh JCorp. Selain dari itu, Kulim memilikki sebanyak 38,000 hektar tanah perladangan secara keseluruhannya.
Berita TV3 Sabtu malam yang sama, dunia bisnes melayu terus dikejutkan lagi dengan berita JCorp akan menjual Kulim ini. Pengerusi Ansara Datuk Nasri Nasrun dalam temuramahnya melalui TV3 memaklumkan bahawa maklumat yang beliau perolehi, Konsultant telah dilantik oleh JCorp untuk menjual :
  1. Kulim kepada Genting Plantation
  2. KFC kepada sebuah parti politik (tidak disebutkan nama,  tetapi menjurus kepada MCA)
  3. Tanah-tanah lading kepada Ecovest (milik Datuk Lim Ka Hong – Pemaju Danga Bay)
Kalau mulanya berita ini dikeluarkan oleh mantan Presiden JCorp Tan Sri Ali dan disahkan oleh Pengerusi Ansara … Datuk Salleh Majid mantan Presiden KLSE juga mengesahkan bahawa terdapat usaha untuk menjual Kulim kepada kaum CINA dan bukannya mengekalkan ditangan orang Melayu…
Alkisah…. apa nak jadi dengan Johor ni… apa ini usaha Presiden JCorp yang baru atau ini usaha dari orang yang lebih atas darinya… Kalau benar apa yang dibuat oleh Presiden baru ini… tidur atau tiada karisma untuk menidakkan tindakan ini.
Nah apa kata wang yang diperuntukkan oleh PNB untuk  cadangan pembinaan Bangunan Warisan setinggi 100 tingkat di tanah bekas penjara pudu yang telah banyak menggantung banduan, dan menggunakan wang sebanyak RM5bilion itu untuk mengambilalih Kulim… ni baru manfaat kepada masyarakat.

No comments:

Post a Comment